Penerangan Blog

Blok ini dicipta utk memberi dan menerima tip, petua, nasihat dan sebagai peningalan zaman dahulu kala dan sekarang supaya boleh dibuat panduan dari masa kesemasa.



ZzzzzzZZZZzzzzz

AWeber - Email Marketing Made Easy

Friday, November 26, 2010

Rihanna - Don't Stop The Music

Lyrics-Hot N Cold-Katy Perry

Rihanna-Disturbia lyrics

Lady Gaga-Just Dance Lyrics

So What Lyrics by P!nk

Thursday, April 29, 2010

PANDUAN MENGURANGKAN NYAMUK DALAM RUMAH

Bila ada nyamuk rasa geram coz tidak dapat tido. Nyamuk boleh menyebabkan demam denggi dan malaria.
So saya mengambil kesempatan ini untuk buat panduan sendirilah, bagi mengelakkan/mengurangi nyamuk dlam rumah.. Selain pelihara ikan dlam akuarium peliharalah cicak..Jgn dibunuh cicak tu nanti cicak boleh makan nyamuk. satu lagi katak.. biarkan dan peliharalah terutama kat bilik air yang banyak nyamuk itu...

Tak percaya cubalah petua dari saya ini.

Thursday, February 25, 2010

Sijil Simpanan Premium BSN 2010

Tahniah kepada BSN yang berwajah baru dengan perkhidmatan yang diperbaharui. Hari ini saya pergi ke BSN Komplek PKNS Shah Alam untuk memeli Sijil Simpanan Premium. Saya pun mengisi borang biru untuk membeli sijil Simpanan Premium, mod bayaran debit dari akaun.. Wah sungguh cantik pakaian baru dan cawangan ini mempunyai skrin masa pelanggan menunggu dan dalam bentuk graf pulak. Sampai masa saya tiba, mengunjungi kaunter 8. Serah borang dan cik kak kat kaunter tanya saya mana duitnya...Arh apa pulak saya kata saya pilih mod bayaran debit dari akaun. Dia kata tak boleh, hanya tunai... Arhhh malunya orang kat sebelah duit tak ambik lagi.. Tapi di borang pembelian sijil simpanan premium ada 3 pilihan mod bayaran
1. Tunai.
2. Bayaran melalui cek.
3. Debit dari akaun.
Disini saya sebagai pelanggan rasa tertipu dengan borang pembelian sijil simpanan premium yang memberi 3 pilihan mod bayaran untuk membeli sijil tersebut..Dalam hati kata, BSN wajah baru tapi perkhidmatan masih ditahap tok naduk....Bukan apa saya pelanggan BSN dari tahun 1984 lagi .. tu yg rasa sikit berang. Lain kali BSN padam mod bayaran dlm borang tersebut dan mengatakan hanya tunai shj.
Entahlah BSN punya staf malas atau BSN tiada sistem komputer untuk direct debit dari akaun.

Monday, February 22, 2010

URUTAN ZAKAR LELAKI

Malaysia kaya dengan ubat ubatan tersendiri. mengapa kita rakyat malaysia mudah terpedaya dengan ubat dari luar negara sedangkan di dalam malaysia ada amalan dan cara tertentu untuk mengekalkan zakar lelaki. Ada banyak minyak dan cara urutan diperolehi...



  1. Mengurut dari pangkal hingga ke kepala zakar, kiri dan kanan (tahankan kulit dipangkal kiri kiranya kulit kendur, lakukan lima kali urut sekali genggam




  2. Mengurut dari tepi lubang dubur hingga ke pangkal buah zakar (ulangkan urutan ini sebanyak 7 kali berturut- turut.



  3. Dua lubang cincin di tekan (sengkah) hingga ke dasar sedikit demi sedikit (ulang sebanyak 11 kali)


  4. Susur dipangkal zakar, urut keluar kiri dan kanan serta dari bawah dan keatas (ulang sebanyak 7 kali)



  5.      Tangan kanan memegang zakar melalui bawah paha kanan, luruskan kaki sedikit    demi sedikit (ulang sebanyak 7 kali




Hilangkan geli


  1. SUMBER:MINYAK IKAN BELACAK DAN MINYAK JAGUH KANDA

Friday, February 19, 2010

SUNGAI DALAM LAUT


"Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi." (Q.S Al Furqan:53)

Jika Anda termasuk orang yang gemar menonton rancangan TV `Discovery' pasti kenal Mr. Jacques Yves Costeau, ia seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Orang tua yang berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke perbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia.

Pada suatu hari ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba ia menemui beberapa kumpulan mata air tawar-segar yang sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya.

Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan. Ia mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinansi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun ia tak kunjung mendapatkan jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut.

Sampai pada suatu hari ia bertemu dengan seorang profesor muslim, kemudian ia pun menceritakan fenomena ganjil itu. Profesor itu teringat pada ayat Al Quran tentang bertemunya dua lautan ( surat Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering diidentikkan dengan Terusan Suez . Ayat itu berbunyi "Marajal bahraini yaltaqiyaan, bainahumaa barzakhun laa yabghiyaan.. ."Artinya: "Dia biarkan dua lautan bertemu, di antara keduanya ada batas yang tidak boleh ditembus." Kemudian dibacakan surat Al Furqan ayat 53 di atas.

Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tak bercampur airnya diertikan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut. Namun tafsir itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Ar-Rahman ayat 22 yang berbunyi "Yakhruju minhuma lu'lu`u wal marjaan" ertinya "Keluar dari keduanya mutiara dan marjan." Padahal di muara sungai tidak ditemukan mutiara.


Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al Qur'an itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam. Al Qur'an ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman saat belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera. Benar-benar suatu mukjizat, berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam akhirnya terbukti pada abad 20. Mr. Costeau pun berkata bahawa Al Qur'an memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannyamutlak benar. Dengan seketika dia pun memeluk Islam.

Allahu Akbar...! Mr. Costeau mendapat hidayah melalui fenomena teknologi kelautan. Maha Benar Allah yang Maha Agung. Shadaqallahu Al `Azhim.Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air." Bila seorang bertanya, "Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?" Rasulullah s.a.w. bersabda, "Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran."


Jika anda seorang penyelam, maka anda harus mengunjungi Cenote Angelita, Mexico. Disana ada sebuah gua. Jika anda menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya air segar (tawar), namun jika anda menyelam sampai kedalaman lebih dari 60 meter, airnya menjadi air masin, lalu anda dapat melihat sebuah "sungai" di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun daunan.

Setengah pengkaji mengatakan, itu bukanlah sungai biasa, itu adalah lapisan hidrogen sulfida, nampak seperti sungai... luar biasa bukan? Lihatlah betapa hebatnya ciptaan Allah SWT.

Thursday, February 18, 2010

Anak dan minda yang cerdas



Adakah anak anda lemah didalam pelajaran? Mesti cari atau usaha sesuatu untuk membantu anak anda. Sanggupkah anda.....

Klik di banner ini

Wednesday, February 17, 2010

Ayat Pengasih

"Siapa Lagi Yang Mahu Jadikan Sesiapa Saja Menyayangi Anda & Membuatkan Hidup Bahagia Selamanya, InsyaAllah!"

Senang, Terbukti Berkesan, Hasil Yang Cepat, Paling Penting Tidak Bertentangan Dengan Islam


wanita dan kehamilan


bagaimana untuk senang hamil tanpa melibatkan sebarang kaedah merumitkan dan dijamin selamat serta berkesan

Panduan Bercinta

Mencari teman lelaki untuk dijadikan suami merupakan satu pengembaraan yang sangat mencabar. Ia bukanlah boleh dilakukan dengan sambil lewa tetapi perlu dilakukan dengan serius. Ramai wanita yang tersilap memilih pasangan dan akhirnya perhubungan mereka di akhiri dengan perpisahan.

Berdasarkan kajian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), 19.23% penceraian berlaku kerana tiada persefahaman! Menarik bukan, fakta telah menjelaskan segala-galanya bahawa ramai wanita Malaysia tersilap mencari teman hidup mereka yang akhirnya tiada persefahaman lagi.




Saya yakin ramai di kalangan wanita di luar sana yang masih membujang kerana anda masih belum dapat memiliki jejaka yang anda idamkan. Walaupun sudah ramai lelaki yang cuba memikat anda, tetapi hati anda tetap dengan jejaka idaman dan igauan anda dan si dia sentiasa di hati anda. Tidak ada seorang pun yang dapat menggantikan tempatnya di dalam hati anda.
     
Saya tahu anda kecewa. Anda ingin memilikinya tetapi anda tidak yakin, tiada peluang dan anda sangat merendah diri apabila berhadapan dengannya.  Tahukah anda bahawa di luar sana, terdapat ramai wanita yang tidak secantik Siti Nurhaliza, tidak sesempurna Maya Karin, tetapi mereka masih mampu dan berjaya memiliki jejaka idaman mereka? Ini adalah kerana mereka mengetahui satu rahsia yang mereka tidak mahu kongsikannya dengan anda!

Apa yang menjadi rahsia mereka selama ini ialah mereka mengetahui segalanya mengenai kelebihan dan kelemahan lelaki, mengenali mereka sedalamnya dan tahu bagaimana untuk menawan hati mereka! Semua ini telah dibongkarkan di dalam ebook Panduan Cinta Untuk Wanita. Ebook yang sangat comel ini telah menceritakan segala perkara mengenai lelaki dan bagaimana untuk menawan hati mereka.

Tidak akan ada maklumat yang sebegitu tepat sekiranya ia tidak ditulis oleh kaum lelaki sendiri. Bukan senang untuk memahami hati seseorang lelaki. Wanita perlu berusaha dan belajar sendiri bagaimana untuk memahami mereka. Kini, anda tidak perlu risau lagi! Dengan kewujudan ebook Panduan Cinta Untuk Wanita, saya percaya, perkataan “tidak yakin”, “tiada peluang”, “rendah diri” dan sebagainya tidak akan wujud lagi di dalam kamus hidup anda dan nantikan si dia menjadi milik anda buat selamanya.

Belajar Bahasa Inggeris Di rumah

"Ketahui Cara Bagaimana Anda Boleh Menguasai Bahasa Inggeris dengan menggunakan 3 Strategi yang dijamin Paling Berkesan!!!”



*** Kini anda mampu menguasai Bahasa Inggeris dengan baik tanpa perlu menghabiskan wang ringgit menghadiri kursus-kursus serta membeli perisian-perisian yang mahal-mahal! ***


Diet Untuk Wanita

Memang tidak dinafikan dengan melakukan ‘DIET’ yang betul ia mampu mengembalikan bentuk badan yang langsing serta menyerikan wajah dengan cara yang lebih ‘natural’.

Bagi suami/lelaki lebih gairah kerana tiada lemak atau nampak sentiasa 'slim'

Klik di sini

Kuasa Minda

Kuasa minda lebih bermakna jikalau tahu menggunakannya.



Friday, February 12, 2010

Back up and sharing file

Saya mempunyai komputer di pejabat dan di rumah. Kadang kadang "pen-drive" tak bawa jadi susah lah nak buat kerja. Jadi saya jumpa satu sofware yang boleh simpan data dan kongsi data online..Cubalah..
tak perlu bawa pen drive rumah dan pejabat. Satu masalah selesai. 



Thursday, February 11, 2010

Tip kebahagian Adam dan Hawa

Kejujuran
Tetaplah bersikap jujur meskipun perkara itu sukar kerana kejujuran akan menepis segala kemuskilan yang ada pada pasangan anda.

Tertawa
Ciptakan suasana humor yang romantic seperti membuat memek muka yang lucu pada pasangan supaya anda berdua boleh ketawa.

Persahabatan
Menjadi sahabat kepada pasangan bermakna anda akan sentiasa berkongsi perasaan yang membuatkan anda lebih dekat dengan pasangan.

Hormat satu sama lain dan kompromi
Walaupon wujud pandangan yang berbeza, belajar untuk menghormati setiap pandangan yang diberikan pasangan anda dan sedia untuk berkrompromi.

Memaafkan
Perlu ada sikap memaafkan dan jangan simpan dendam sehingga melampiaskan amarah kepada pasangan anda.

Bersikap realistik
Jangan cuba untuk mengubah pasangan anda. Bersikap jujur dan terbuka untuk menerima pasangan anda seadanya

Lupakan masa lalu
Berhenti mengungkit kisah masa lampau. Bersyukurlah engan kehidupan anda waktu ini dengan seadanya tetapi seandainya cerita masa lalu dapat meningkatkan kualiti cinta anda, maka ceritalah.

Doa
Sentiasa berdoa untuk kesejahteraan, kebahagian rumah tangga serta kesihatan pasangan anda. Tanamkan di hati bahawa sebagai insan, doalah merupakan penawar bagi segalanya.

BINI VS EMAK

Bila seronok, aku cari.... pasanganku
-Bila sedih, aku cari.... Mak
-Bila berjaya, aku ceritakan pada.... pasanganku
-Bila gagal, aku ceritakan pada... . Mak
-Bila bahagia, aku peluk erat.... pasanganku
-Bila berduka, aku peluk erat.... Emakku
-Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
-Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.... Mak
-Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
-Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"
-Selalu.. aku ingat pasanganku
-Selalu.. Mak ingat kat aku
-Bila-bila.. . aku akan talipon pasanganku
-Entah bila... aku nak talipon Mak
-Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
-Entah bila.... aku nak belikan hadiah untuk Emak
-Renungkan:
-"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja...
-bolehkah kau kirim wang untuk Mak ?
- Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

-Berderai air mata jika kita mendengarnya. .......

-Tapi kalau Mak sudah tiada....... ...
- MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT.....

-Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya.....
-berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya... ..
-berapa ramai yang sanggup. mengantikan lampin ibunya......
-berapa ramai yang sanggup..... membersihkan najis ibunya....... .
-berapa ramai yang sanggup..... .. membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
-berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

-Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......
-"Jika kamu menyayangi ibumu, jengok2 lah mereka sementara masih ada kesempatan

Tikus dan Keju

Minum air secukupnya

Correct timing to take water will maximize its effectiveness to Human body.
 
Two (02) glasses of water - After waking up - Helps activate internal organs
One (01) glass of water - 30 minutes before meal - Help digestion
One (01) glass of water - Before taking a bath - Helps lower blood pressure
One (01) glass of water - Before sleep - To avoid stroke or heart attack

Wednesday, February 10, 2010

SAMA-SAMALAH KITA MENGHAYATINYA




Siapakah orang yang sibuk? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumanya? Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil
berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya? Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi? Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan...

Siapakah orang yang paling cantik? Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik..

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya...

Siapakah orang yang mempunyai akal? Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka..