Penerangan Blog

Blok ini dicipta utk memberi dan menerima tip, petua, nasihat dan sebagai peningalan zaman dahulu kala dan sekarang supaya boleh dibuat panduan dari masa kesemasa.



ZzzzzzZZZZzzzzz

AWeber - Email Marketing Made Easy

Thursday, February 25, 2010

Sijil Simpanan Premium BSN 2010

Tahniah kepada BSN yang berwajah baru dengan perkhidmatan yang diperbaharui. Hari ini saya pergi ke BSN Komplek PKNS Shah Alam untuk memeli Sijil Simpanan Premium. Saya pun mengisi borang biru untuk membeli sijil Simpanan Premium, mod bayaran debit dari akaun.. Wah sungguh cantik pakaian baru dan cawangan ini mempunyai skrin masa pelanggan menunggu dan dalam bentuk graf pulak. Sampai masa saya tiba, mengunjungi kaunter 8. Serah borang dan cik kak kat kaunter tanya saya mana duitnya...Arh apa pulak saya kata saya pilih mod bayaran debit dari akaun. Dia kata tak boleh, hanya tunai... Arhhh malunya orang kat sebelah duit tak ambik lagi.. Tapi di borang pembelian sijil simpanan premium ada 3 pilihan mod bayaran
1. Tunai.
2. Bayaran melalui cek.
3. Debit dari akaun.
Disini saya sebagai pelanggan rasa tertipu dengan borang pembelian sijil simpanan premium yang memberi 3 pilihan mod bayaran untuk membeli sijil tersebut..Dalam hati kata, BSN wajah baru tapi perkhidmatan masih ditahap tok naduk....Bukan apa saya pelanggan BSN dari tahun 1984 lagi .. tu yg rasa sikit berang. Lain kali BSN padam mod bayaran dlm borang tersebut dan mengatakan hanya tunai shj.
Entahlah BSN punya staf malas atau BSN tiada sistem komputer untuk direct debit dari akaun.

0 comments:

Post a Comment