Penerangan Blog

Blok ini dicipta utk memberi dan menerima tip, petua, nasihat dan sebagai peningalan zaman dahulu kala dan sekarang supaya boleh dibuat panduan dari masa kesemasa.



ZzzzzzZZZZzzzzz

AWeber - Email Marketing Made Easy

Thursday, February 11, 2010

Tip kebahagian Adam dan Hawa

Kejujuran
Tetaplah bersikap jujur meskipun perkara itu sukar kerana kejujuran akan menepis segala kemuskilan yang ada pada pasangan anda.

Tertawa
Ciptakan suasana humor yang romantic seperti membuat memek muka yang lucu pada pasangan supaya anda berdua boleh ketawa.

Persahabatan
Menjadi sahabat kepada pasangan bermakna anda akan sentiasa berkongsi perasaan yang membuatkan anda lebih dekat dengan pasangan.

Hormat satu sama lain dan kompromi
Walaupon wujud pandangan yang berbeza, belajar untuk menghormati setiap pandangan yang diberikan pasangan anda dan sedia untuk berkrompromi.

Memaafkan
Perlu ada sikap memaafkan dan jangan simpan dendam sehingga melampiaskan amarah kepada pasangan anda.

Bersikap realistik
Jangan cuba untuk mengubah pasangan anda. Bersikap jujur dan terbuka untuk menerima pasangan anda seadanya

Lupakan masa lalu
Berhenti mengungkit kisah masa lampau. Bersyukurlah engan kehidupan anda waktu ini dengan seadanya tetapi seandainya cerita masa lalu dapat meningkatkan kualiti cinta anda, maka ceritalah.

Doa
Sentiasa berdoa untuk kesejahteraan, kebahagian rumah tangga serta kesihatan pasangan anda. Tanamkan di hati bahawa sebagai insan, doalah merupakan penawar bagi segalanya.

0 comments:

Post a Comment